Wednesday, 13 June 2012

Kifarah Cinta



Sekarang biarkan aku terus mengejar fatamorgana
yang tak sudah. Sekarang biar aku terhimpit dengan sisa
runtuhan istana khayalan kerana ini semua kifarah Allah.
Aku redha dengan kifarahMu ini. Biarlah kifarah ini
menjadi hidayah dari Mu yang akan menerangkan setiap
jalan yang bakal ku tempuhi sehingga bertemu Mu nanti.

Andai Aku Mati Sekarang.



Andai aku mati sekarang,
Adakah yag akan merasa kehilanganku ?
Adakah yang akan menagis pilu menghantar mayatku ?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku ?
Adakah yang akan menziarah pusara ku ?
Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa apa.
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangmu



Hanya untuk meraih kasih sayangMu,
Aku beramal.

Saturday, 9 June 2012

Benarkah Perasaan Itu ?

                       

Masa muda, hanya merasakan apa itu  perasaan tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu . Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja.Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia,dengan cantiknya dia dan apa yang dimilikinya sekarang.

Aku Tak Sempurna


Aku tak sempurna.Kau pun tak sempurna.
Ketidasempurnaanmu menjadi pelengkap ketidasempurnaanku,
Hingga kita akan sempurna,meskipun hanya bagi kita berdua.Biarlah Allah yang Maha Sempurna
yang berhak menilai kesempurnaan kita.



Belajar Menundukkan Pandangan



 



Ciri ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka.
Seorang lelaki tidak sewenag-wenangnya memandang seorang wanita,dan begitu juga sebaliknya.Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara- perkara dihadapan kita sekadar yang perlu sahaja.Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis gadis melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah,pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh diteruskan.

Jagalah mata dan pandangan .Kerana mata adalah sesuatu yang suci.Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirak kelak . Iaitu menatap wajah ALLAH SWT!
  

Bertudung Yang Tidak Sempurna




1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2.Bertudung tetapi dengan T-SHRT berlengan pendek.
3.Bertudung tetapi bajunya atau kainnya TERBELAH
4.Bertudung tetapi bajunya sendat,sempit dan nipis lalu menampak susuk tubuh badannya
5.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja.Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
6.Bertudung , tetapi tudungnya dilempar kebelakang leher.Maka terdedahlah dadanya.
7.Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
8.Bertudung tetapi menggunakan wangian yang berlebihan.
9.Bertudung tetapi menayangkan foto yang tidak menutup aurat di alam maya . (eg. Facebook)
10.Bertudung tetapi tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.




Take Five! - Marriage Proposal




    By Aiman Azlan .
Siapa yang nak melamar , dialu alukan menonton video ini .
Selamat menonton :)