Tolong beritahu jodohku ,cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya .
Tolong nasihakan jodohku,jangan mendoakanku lebih dari ibu dan bapanya .
Tolong katakan pada jodohoku,dahulukan Allah kerana disitu ada syurga .
Tolong ingatkan pada jodohku,aku terpikat kerana imannya bukan kerana paras rupa
Tolong tegurkan jodohku,bila beliau mula mengagungkan cinta manusia .
Tolong sedarkan jodohku,aku milik yang Maha Esa .
Tolong sabarkan jodohku,usah bimbang tentang jarak antara kita .
Tolong pesan pada jodohku,aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong khabarkan pada jodohku,aku mahu dia menjadi penyokong kejayaanku .
Tolong sampaikan pada jodohku aku mendambarkan cinta suci dan luhur darinya .|
Tolong sampaikan pada jodohku kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri .
Siapakah jodohku?Dimanakah dia berada ?Hanya Allah yang tahu .Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku.Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku.InsyaAllah jodohku,suatu hari nanti dengan izin Allah,kita pasti akan bertemu jua .