Saturday, 9 June 2012

Belajar Menundukkan Pandangan



 



Ciri ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka.
Seorang lelaki tidak sewenag-wenangnya memandang seorang wanita,dan begitu juga sebaliknya.Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara- perkara dihadapan kita sekadar yang perlu sahaja.Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis gadis melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah,pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh diteruskan.

Jagalah mata dan pandangan .Kerana mata adalah sesuatu yang suci.Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirak kelak . Iaitu menatap wajah ALLAH SWT!
  

No comments:

Post a Comment