Wednesday, 13 June 2012

Kifarah Cinta



Sekarang biarkan aku terus mengejar fatamorgana
yang tak sudah. Sekarang biar aku terhimpit dengan sisa
runtuhan istana khayalan kerana ini semua kifarah Allah.
Aku redha dengan kifarahMu ini. Biarlah kifarah ini
menjadi hidayah dari Mu yang akan menerangkan setiap
jalan yang bakal ku tempuhi sehingga bertemu Mu nanti.

Andai Aku Mati Sekarang.



Andai aku mati sekarang,
Adakah yag akan merasa kehilanganku ?
Adakah yang akan menagis pilu menghantar mayatku ?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku ?
Adakah yang akan menziarah pusara ku ?
Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa apa.
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangmu



Hanya untuk meraih kasih sayangMu,
Aku beramal.

Saturday, 9 June 2012

Benarkah Perasaan Itu ?

                       

Masa muda, hanya merasakan apa itu  perasaan tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu . Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja.Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia,dengan cantiknya dia dan apa yang dimilikinya sekarang.

Aku Tak Sempurna


Aku tak sempurna.Kau pun tak sempurna.
Ketidasempurnaanmu menjadi pelengkap ketidasempurnaanku,
Hingga kita akan sempurna,meskipun hanya bagi kita berdua.Biarlah Allah yang Maha Sempurna
yang berhak menilai kesempurnaan kita.



Belajar Menundukkan Pandangan



 



Ciri ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka.
Seorang lelaki tidak sewenag-wenangnya memandang seorang wanita,dan begitu juga sebaliknya.Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara- perkara dihadapan kita sekadar yang perlu sahaja.Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis gadis melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah,pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh diteruskan.

Jagalah mata dan pandangan .Kerana mata adalah sesuatu yang suci.Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirak kelak . Iaitu menatap wajah ALLAH SWT!
  

Bertudung Yang Tidak Sempurna




1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2.Bertudung tetapi dengan T-SHRT berlengan pendek.
3.Bertudung tetapi bajunya atau kainnya TERBELAH
4.Bertudung tetapi bajunya sendat,sempit dan nipis lalu menampak susuk tubuh badannya
5.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja.Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
6.Bertudung , tetapi tudungnya dilempar kebelakang leher.Maka terdedahlah dadanya.
7.Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
8.Bertudung tetapi menggunakan wangian yang berlebihan.
9.Bertudung tetapi menayangkan foto yang tidak menutup aurat di alam maya . (eg. Facebook)
10.Bertudung tetapi tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.




Take Five! - Marriage Proposal




    By Aiman Azlan .
Siapa yang nak melamar , dialu alukan menonton video ini .
Selamat menonton :)

Ayah Adalah Yang Terhebat.


Ayah, hari ini aku belajar merangkak, tolong selalu berada di sampingku ya,
Kelak aku akan berdiri,berdiri untuk selalu disampingmu ayah .

AL-FATIHAH untuk seorang ayah yang HEBAT
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. I LOVE ABAH

Bicara Tanpa Suara


Saat lidah kelu tanpa suara,kucapai helaian warkah kosong.kubiarkan pena menari rancak. Melakar sebuah
rahsia hati,mencurah secebis rasa yang terpendam dalam jiwa, menyingkap kebuntuan yang terkunci di minda . Biarlah tiada jawapan yang terbalas , biarlah dunia menjauhi diri,kerana disisiku ada Dia yang Maha Melindungi    , Dia yang Maha Kuasa, Dia yang Maha Kekal.

Dia yang mengukirkan senyuman dibibirku disaat aku merasa gembira dan bahagia
Dia yang menitipkan airmata disaat aku merasa sedih dan berduka .

Saat teman tiada menemani
Dia tetap sedia mendampingi diri
Di waktu senang,
Mahupun diwaktu sukar.

Teman dan keluarga yang kumiliki kini,
bukanlah milikku selamanya,
kerana
bila sudah tiba waktunya,
semuanya akan pergi meninggalkanku sendirian
kerana
segalanya adalah milik Dia yang Maha Memiliki

Menghadapi Kehilangan


Pernah kehilangan seseorang yang sangat bererti dalam hidup kita ?
Bagaimana menghadapinya ?
"Cinta baru sempurna jika terasa menyayat,seperti segumpal tanah liat yang akan baru menjadi indah setelah dibentuk menjadi tembikar. Cinta menjadi abadi jika tak terjangkau. Ibarat bumi selalu mengintai matahari. Kerana tak mampu meraihnya, selamanya menjadi banyangan yang tak terengkuh. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan. Namun lebih menyakitkan lagi ketika kita bahawa kadangkala Allah izinkan kita kehilangan seseorang untuk kebaikan kita sendiri.Kehilangan akan membuatkan kita berasa rapuh tetapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita tegar."

Tetapi sesuatu yang hilang belum tentu meninggalkan kekosongan, kerana jejak jejak yang ditinggalkannya tak pernah benar benar hilang .

Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan. Mungkin Allah ingin mendidik hati dengan sabar, lalu diberikan ujian. Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri, lalu diberikan kegagalan. Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta padaNya. lantas diberikan cinta kepada duniawi.
Tidak diberikan sesuatu itu sia-sia.
Tidak dijadikan apa apa pun tanpa sebabdan ibrah.

Friday, 8 June 2012

Kaca


  
Aku berhati kaca ,
Boleh dipandang
Boleh dilap kotoran kacanya
Dan paling penting
Aku berhati kaca yang mudah terlerai

Ya, terlerai berkecai.
Sabar.

Memarahi dan Memaafkan


Semua orang pasti pernah marah.Kerana marah merupakan sifat fitrah yang dimiliki oleh semua manusia.Bohong besar jika ada orang di muka bumi ini yang mengaku dirinya tidak pernah marah .

Secara amnya , manusia diciptakan sebagai mahluk yang bersosial yang sentiasa berinteraksi dengan orang lain, sangat mungkin terjadinya perbezaan pendapat dan watak yang boleh memicu kepada kejengkelan dan kemarahan.Hal ini sangat sangat biasa,terutama dalam kehidupan rumahtangga, perselisihan seuami dan isteri seringkali tak boleh dihindari .

Bukankah Rasulullah pernah bersabda :
"Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah"(HR.Bukhari)

Umar bin Khatab pernah berkata dalam khutbahnya, "Orang yang beruntung di antara kalian adalah orang yang terjaga dari ketamakan , hawa nafsu , dan amarah."

Teori Seorang Pencinta




Manusia sering menyebut cinta kepada hambaNya .Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar untuk yang Maha Esa.Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaiNya melebihi segalanya .Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang .Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya .

Mencinta tak bererti memiliki ,
Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain yang Maha Pencipta,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintalah kerana Allah dan kamu akan merasai indahnya cinta,
Tiada  hati terluka , tiada jiwa terseksa
Kerana insan percaya,Allah menentukan segalanya.
Jodoh manusia di tangan Allah .


"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu , Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu , hilanglah cintaku padamu..."(Imam Nawawi)

Bercinta kerana Allah



Bila sakit, kau kenal kawanmu siapa,
Bila lemah, kau tahu siapa yang tetap setia,
Bila terlantar, kau kenal siapa yang masih bersama
Bila ternanti-nanti,lihatlah siapa yang kunjung tiba.

Bila berair mata, tunggulah siapa yang datang menyeka,
Bila bersedih muram, kasihi siapa yang cuba membahagia,
Bila hati tak tenteram, telitilah tanganmu dipegang erat siapa.

Bila kamu tak punya apa-apa, kamu kenal siapa yang benar-benar melabuh cinta.

Jodoh di tangan yang Maha Esa.



Tolong beritahu jodohku ,cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya .
Tolong nasihakan jodohku,jangan mendoakanku lebih dari ibu dan bapanya .
Tolong katakan pada jodohoku,dahulukan Allah kerana disitu ada syurga .
Tolong ingatkan pada jodohku,aku terpikat kerana imannya bukan kerana paras rupa
Tolong tegurkan jodohku,bila beliau mula mengagungkan cinta manusia .
Tolong sedarkan jodohku,aku milik yang Maha Esa .
Tolong sabarkan jodohku,usah bimbang tentang jarak antara kita .
Tolong pesan pada jodohku,aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong khabarkan pada jodohku,aku mahu dia menjadi penyokong kejayaanku .
Tolong sampaikan pada jodohku aku mendambarkan cinta suci dan luhur darinya .|
Tolong sampaikan pada jodohku kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri .

Siapakah jodohku?Dimanakah dia berada ?Hanya Allah yang tahu .Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku.Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku.InsyaAllah jodohku,suatu hari nanti dengan izin Allah,kita pasti akan bertemu jua .

i'm new here .

Assalamualaikum .

Well .budak baru in blogging . haha . so kalau layout tak cantik and messy , biasalah . new blood . whatever is it . i will make it work .

REACTION